Thursday, October 17, 2013

Mereka cermin kita









'Ummi, kalau menjerit2 Allah tak suka kan?'..

 'Ummi kalau lempar barang tak elok, kan?" ...

'Ummi, kalau cakap tak senonoh Allah marah, pastu kan boleh masuk neraka, kan? Takutnya kakak...'

Itu antara 1000 soalan yang Iman tanyakan kepada saya. Cuma kadang, saya dengan tak sengaja membuat perkara yang 'dilarang' (cth : melempar barang)  terus Iman bertanya,

"Ummi, kan tak boleh lempar barang. Allah tak suka. Ummi nak masuk neraka?"

tERPUKUL! tetapi, itulah antara pegangan yang dipegang oleh Iman, anak sulung saya. Buat perkara tak elok, Allah tak suka, Allah marah.

Mereka adalah sekeping kanvas yang puteh lagi bersih. Setiap corakan yang kita lorekkan, begitulah mereka tercorak. Dan kita sebagai ibu bapa, terkadang sengaja atau tidak melakukan perkara yang diajar 'tidak' lalu anak keliru, mana satu yang betul dan mana satu yang salah.

Mereka adalah amanah, tanggungjawab, anugerah yang tidak ternilai yang diberikan oleh Allah, sama ada sebagai ujian atau sebagai ganjaran. Eloknya mereka, bahagialah kita di alam barzakh dan akhirat nanti. Musnahnya mereka, maka nantikanlah ganjaran di alam kubur dan di akhirat kelak.

"Perelokkanlah akhlak, aqidah kita kerana mereka adalah cermin diri kita yang dipantulkan kepada anak-anak kita."