Monday, September 23, 2013

Wanita : Isteri, ibu, pelajar.



Wanita, ibu ; tugasnya bukan hanya satu tetapi pelbagai tugas yang harus dipikul, harus menggalas bahu dalam meniti hidup berumah tangga. Ibu mithali adalah ibu sejati yang mana mereka melalui proses mengandung, melahirkan, menyusukan, seterusnya menjaga, mengasuh dan mendidik anak-anaknya.

Namun pada zaman kini, rata-rata wanita atau ibu adalah juga seorang yang berkerjaya. Dalam merialisasikan imipian, mereka adalah isteri, ibu dan juga mereka adalah yang bekerjaya. Bagi ibu yang ber'title'kan suri rumah, alhamdulillah mereka dapat memberi dan melaksanakan tugas dengan sebaiknya dalam mendidik dan mengasuh anak mereka. Namun bagaimana pula dengan ibu yang bekerjaya? Tercapaikah matlamat dalam mengejar keselesaaan dihidup dan dalam masa yang sama mereka juga berkeinginan merasai ibu, ibu mithali?

Ada pula ibu yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Itu sudah pasti banyak cabaran yang harus dilalui dan banyak rintangan yang harus ditempuhi. Dialah isteri, dialah ibu dan juga seorang pelajar. Bukanlah sesuatu yang senang untuk ditempuhi. Mana mahu memasak untuk anak-anak, mana mahu gosok baju dan menjaga pakaian untuk suami, juga mana sempat untuk mentelaah pelajaran.

Namun, wanita terutamanya yang bergelar ibu, hebatnay mereka pada tanda-tanda kebesaran Allah yang ada pada dirinya. Allah SWT pinjamkan rasa kasih sayangNya kepada seorang ibu, menjadikan ibu itu sanggup berkorban untuk anak-anak yang dia kasihi, sanggup bersekang mata mentelaah pelajaran, sanggup bersabar melayani anak-anak dan suami dan sebagainya.

Anak-anak, hormatilah mereka, sayangilah mereka, taatilah mereka. Tanpa mereka, tiadalah kita di dunia ini. Kita tak akan merasa segala pengorbanan, sakit perit ibu melahirkan kita, penat lelah pengorbanan mereka sehingga kita sendiri yang merasa kerjaya sebagai seorang